Usahawan – September 2019
|
Nama : Nor Hasliza Bt Mat Said Umur : 39 Tahun Tahun Ahli : 2017 No Telefon : 017-9275240 Alamat : Kg Alor Lintang Perniagaan : Menjual pakaian dan aksesori wanita |
Puan Hasliza atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Nani merupakan usahawan iks. Dimana,beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis tudung menerusi onlinedan juga secara offline. Beliau mengambil langkah menjadi usahawan bagi membantu suami dalam masa sama merupakan sumber pendapatan untuk diri beliau sendiri. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Gambar BeliauKini, setelah beliau menjadi ahli Pusat Internet Kampung Alor Lintang, perniagaan beliau makin berkembang ke serata negeri. Ini kerana, beliau mula menjalankan perniagaan atas talian (online) menerusi facebook, Instagram, myshop dan lain-lain. Kini, beliau banyak belajar ilmu perniagaan menerusi internet. Antaranya mencari dropship bagi meluaskan rangkaian. Beliau juga turut belajar cara mencipta logo perniagaan beliau menggunakan aplikasi percuma di internet,cara mengambil dan mengedit gambar, mencari idea dan design-design terkini menerusi internet dan youtube dengan bantuan tenaga pengajar di pusat internet.
Gambar Perniagaan
