KAMPUNG ALOR LINTANG
Sejarah Kampung Alor Lintang bermula dengan penerokaan tanah kerajaan oleh penduduk terdahulu.Kampung Alor Lintang diambil dengan sempena alor yang melintang yang begitu banyak disini. Pada mulanya kampung ini di penuhi dengan hutan dan masyarakat lebih tertumpu di Kampung Amir. Namun dengan pembinaan pasarana jalanraya dan penubuhan sekolah Rendah dan Menengah pertama Aliran Inggeris di Daerah Besut, penduduk dari Kampung Amir dan kampung sekitarnya mula berpindah ke Alor Lintang sehinggalah menjadi penduduk tetap disini. Pada tahun 1970 mulanya tertubuh JKKK yang pertama di Alor Lintang yang di Pengerusikan olah Cikgu Muhammad bin Ibrahim.
Hari ini Kampung Alor Lintang telah mula berkembang pesat ,Kampung Alor Lintang Pusat Pembelajaran Rendah dan Menengah di Daerah Besut, merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Kampung Raja. Kampung ini berada di tengah tengah perjalanan Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Besut-Jerteh
Antara kemudahan yang terdapat di Kampung Alor Lintang ialah mempunyai lima buah Sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah.Sekolah inilah yang ramai melahirkan cerdik-pandai yang dapat menjana pendidikan keilmuan dan ekonomi negara.
Kampung Alor Lintang mempunyai sebuah Masjid yang di kenali sebagai Masjid Alor Lintang terletak di simpang empat utama Kg Alor Lintang, Besut, Terengganu.
