Latar belakang
Mereka merupakan pelajar SPM daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Mereka di ajar cara menggunakan laman sesawang bermula dari asas sehingga mereka boleh mencari maklumat pembelajaran dengan sendiri. Mereka di ajar menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan kerja kursus pelajar SPM.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan mereka dalam ict di Pusat Ekonomi Digital, mereka kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. Mereka juga sering menghadapi masalah dalam penggunaan komputer untuk mencari maklumat dan sumber untuk pembelajaran yang mereka inginkan. Mereka juga tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk mengerjakan tugasan sekolah serta mereka lebih banyak melayari internet dalam google image untuk mencari contoh-contoh poster dan meniru karya asal.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Dan sekarang mereka sudah mahir menggunakan peralatan komputer dan internet. Mereka banyak menggunakan kemudahan internet untuk mencari sumber pembelajaran serta mereka mengikuti kelas dan bengkel yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital secara percuma antaranya Microsoft Office dan laman web pembelajaran yang lain bagi mendekatkan mereka untuk lebih berdaya saing dalam dunia digital.
