mcmc
Kisah Kejayaan

Q2:2023 ~ Keusahawanan – Rohayu Binti Dollah

19

Latar belakang

Rohayu Binti Dollah berumur 36 tahun menetap di 97, Kg. Pengkalan Nyireh, 22200 Besut, Terengganu yang menjalankan perniagaan jualan secara atas talian iaitu facebook page diatas nama “BusyraPizza”. Selain itu juga, ia merupakan sumber pendapatan utama kerana beliau seorang suri rumah yang bekerjaya secara atas talian. Dengan minat dan kesungguhan dalam berniaga, beliau mula menceburi bidang ini secara atas talian. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Kg. Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awal perniagaan ini, beliau tidak mahir dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan atas talian. Beliau hanya mengiklankan produk dengan memuatnaik gambar sahaja tanpa memikirkan strategi dan laman sesawangnya begitu hambar kerana tidak dapat menarik perhatian orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menggunakan kaedah promosi atas talian, perniagaan jualannya semakin maju dan setiap paparan (posting) di media sosial mendapat tarikan ramai. Kini semakin dikenali dan  semakin ramai yang mengikut laman “facebook” nya untuk lebih mengenali perkhidmatan dan perniagaan beliau yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa apabila semakin ramai orang melihat “posting” yang diiklankan dan berminat dengan barang jualan beliau.

19

20