Latar belakang
Wan Nur Bibie Ayunie binti Wan Afandi merupakan belia perempuan yang belum mempunyai pekerjaan. Beliau di ajar cara menggunakan Microsoft Word bermula daripada asas hingga beliau mahir membuat resume yang lebih menarik untuk memohon sesuatu pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan mereka dalam ICT di Pusat Ekonomi Digital, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. Beliau juga sering menghadapi masalah dalam penggunaan komputer untuk membuat sesuatu tugasan. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk mengedit resume dengan lebih kemas dan teratur.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Dan sekarang beliau sudah mahir menggunakan peralatan komputer dan internet. Beliau mula faham setiap fungsi butang yang terdapat di Microsoft Word. Beliau berjaya menyiapkan resume dengan baik dan kemas.
