mcmc
Kisah Kejayaan

Q2:2020 ~ Keusahawanan~ROSMALIYANA BINTI ABDULLAH

Nama  : Rosmaliyana binti Abdullah
Umur : 32 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Rosmaliyana binti Abdullah berumur 32 tahun menetap di Kg. Kubang Ikan, Tembila, 22200 Besut, Terengganu. Beliau menjalankan perniagaan dalam bidang kosmetik iaitu produk kecantikan dan kesihatan. Selain itu juga, ia merupakan sumber pendapatan untuk diri beliau sendiri selepas berhenti kerja dengan syarikat perumahan. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada awal perniagaan ini, golongan sasaran yang ditetapkan oleh beliau hanyalah penduduk sekitar dan pengunjung yang memasuki kedainya.  Buat masa itu pendapatan hanya biasa-biasa sahaja kerana hanya orang yang tinggal di kawasan itu sahaja yang tahu tentang jualan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menggunakan kaedah promosi atas talian perniagaan di Butik Mellyyana yang dimilikinya melalui facebook dan instagram, kini semakin dikenali dan  semakin ramai orang yang datang malah mengenali butik beliau yang menetap di Kampung Gong Bayor. Seterusnya pendapatan bulanan beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa apabila semakin ramai orang yang datang dan membuat pesanan melalui atas talian dengan pelbagai peringkat umur. Kini, beliau banyak belajar ilmu perniagaan menerusi internet dengan melayari laman web usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang yang sama bagi memberi idea dan panduan untuk mereka melangkah setanding usahawan lain.


 

Ingin Jamu mata  ??? 

jom jengok Fb Kosmatik Murah: https://www.facebook.com/haslina.yahya.7