|
Latar belakang
Nurul Nabila syuhada Binti Mansor, berumur 20 tahun dan menetap di Lot 3922, Kampong Gong Medang, 22200 Besut, Terengganu.. Beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan 6, di Sekolah Menengah Tengku Mahmud.
*Program pembelajaran bertujuan mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet kepada masyarakat setempat. Ia dimana, Pusat Internet adalah inisiatif kerajaan kepada masyarakat bagi terdedah kepada teknologi dan celik it. Oleh demikian, program pembelajaran bersama pelajar sekolah di wujudkan bagi menarik minat pelajar untuk lebih terdedah dengan aplikasi yang terdapat dalam perisian komputer dan menggunakan kemudahan infrastruktur yang disediakan bagi kemudahan pelajar dimasa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum beliau masuk belajar kelas ICT, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau tidak tahu menggunakan komputer dan untuk membuat kerja sekolah beliau terpaksa meminta bantuan daripada staff pusat internet.Ia amat merumitkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet, beliau banyak meluangkan masa di Pusat internet selepas habis waktu persekolahan. Selalunya beliau akan menggunakan 2 jam sehari untuk belajar ICT di pusat internet. Dan sekarang beliau sudah mahir menggunakan peralatan komputer dan internet. Memandangkan pada masa sekarang, Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, beliau memanfaatkan ilmu yang di berikan dengan belajar secara di atas talian di rumah dan berhubung dengan guru malah rakan-rakan di media sosial.
