mcmc
Kisah Kejayaan

Q1:2021 ~ Keusahawanan – Nor Syazwani binti Ramli

Q1 US
Nama Nor Syazwani binti Ramli
Umur 33 Tahun
Ahli  2015

Latar belakang

Nor Syazwani binti Ramli berumur 33 tahun menetap di Lot 5143, Kg. Limbongan, 22200 Kampung Raja, Besut, Terengganu yang menjalankan perniagaan jualan secara atas talian iaitu facebook diatas nama “Nor Syazwani”. Selain itu juga, ia merupakan sumber pendapatan sampingannya kerana beliau merupakan pekerja RISDA. Dengan minat dan kesungguhan dalam berniaga, beliau mula menceburi bidang ini secara atas talian. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Kg Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

 

Pada awal perniagaan ini, beliau tidak mahir dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan atas talian. Beliau hanya mengiklankan produk dengan memuatnaik gambar sahaja tanpa memikirkan strategi dan laman sesawangnya begitu hambar kerana tidak dapat menarik perhatian orang.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas menggunakan kaedah promosi atas talian, perniagaan jualannya semakin maju dan setiap paparan (posting) di media sosial mendapat tarikan ramai. Kini semakin dikenali dan  semakin ramai yang mengikut laman “facebook” nya untuk lebih mengenali perkhidmatan dan perniagaan beliau yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa apabila semakin ramai orang melihat “posting” yang diiklankan dan berminat dengan barang jualan beliau. Kini, beliau banyak belajar ilmu perniagaan menerusi internet dengan melayari laman web usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang yang sama bagi memberi idea dan panduan untuk mereka melangkah setanding usahawan lain.

Q1 US

QI US 2