Latar belakang
Nurfarisya Maisara Binti Azmi merupakan pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Pasir Akar. Beliau banyak melakukan tugasan sekolah di Pusat Ekonomi Digital bersama kawan-kawannya yang lain. Beliau dan kawan-kawannya yang lain sentiasa mendapatkan latihan dan tunjuk ajar ICT dari petugas pusat internet yang bertugas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum ini juga, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau tidak tahu menggunakan komputer dan untuk membuat kerja sekolah, beliau terpaksa meminta bantuan daripada staff pusat internet komuniti. Ia amat merumitkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Beliau tidak tahu cara untuk menggunakan google meet apabila mempunyai kelas secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet, beliau banyak meluangkan masa di Pusat Ekonomi Digital selepas habis waktu persekolahan. Beliau mengikuti kelas dan bengkel yang disediakan oleh Pusat Internet secara percuma seperti kelas Microsoft Office, pembelajaran youtube dan laman web pembelajaran yang lebih mendekatkan beliau untuk terus mahir menggunakan komputer. Kini, beliau boleh menggunakan google meet untuk menyertai kelas secara atas talian.

