mcmc
Kisah Kejayaan

Q1:2021 ~ Celik IT / Komuniti Pintar – Nik Nurin Balqis Binti Ahmad Kamsani

q1 it
Nama Nik Nurin Balqis Binti Ahmad Kamsani
Umur  18 Tahun
Ahli   2016

Latar belakang

Nik Nurin Balqis Binti Ahmad Kamsani merupakan bekas pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 yang baru sahaja tamat peperiksaan SPM pada tahun 2021. Beliau banyak melakukan tugasan sekolah di Pusat Internet Komuniti Kg Alor Lintang bersama kawan-kawannya yang lain. Beliau dan kawan-kawannya yang lain sentiasa mendapatkan latihan dan tunjuk ajar ICT dari petugas pusat internet yang bertugas.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Komuniti, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. Beliau juga sering menghadapi masalah dalam penggunaan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Sebelum ini juga, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau tidak tahu menggunakan komputer dan untuk membuat kerja sekolah, beliau terpaksa meminta bantuan daripada staff pusat internet komuniti. Ia amat merumitkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Dan sekarang beliau sudah mahir menggunakan peralatan komputer dan internet. Memandangkan pada masa sekarang, Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, beliau memanfaatkan ilmu yang di berikan dengan belajar secara di atas talian di rumah dan berhubung dengan guru malah rakan-rakan di media sosial melalui goggle meet iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).

 

Selepas selesai menduduki SPM pada tahun 2021, beliau baru sahaja mengisi permohonan UPU diatas talian dan berhasrat ingin menyambung pelajaran diperingkat universiti dengan berbekalkan kemahiran ICT yang dipelajari di Pusat Internet Komuniti.

q1 itq1 it 3