
Gunung Tebu
♥♥♥ Dengan Ketinggian kira-kira 1,039 meter menjadikan Gunung Tebu sebagai puncak tertinggi di Terengganu. Terletak di dalam daerah Besut dan sering menjadi tumpuan para pendaki baik dari Terengganu mahupun dari luar Terengganu malah juga dari luar Malaysia. Walaupun dikatakan laluan ke puncak gunung ini adalah mudah berbanding dengan gunung-gunung lain tetapi ianya tetap menjadi tarikan para pendaki dengan kekayaan flora dan faunanya, pemandangan indah di puncak yang mengadap laut China Selatan di mana kelihatan Pulau Perhentian dari jauh serta tarikan kisah-kisah misteri di gunung ini.
Para pendaki dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 oleh jabatan perhutanan sebagai permit mendaki dan Lata Belatan yang berada di kaki gunung ini menjadi ‘starting point’ bagi pendakian yang memakan masa 5 – 6 jam perjalanan. Ada juga mereka yang bermalam berhampiran puncak untuk menikmati panorama dan suasana indah di sana. Sekitar 20 minit perjalanan dari puncak terdapat satu kawasan lapang sebagai tapak perkhemahan dan tidak jauh dari sumber air. Jika anda masih baru dengan pendakian atau pertama kali menjejak kaki ke gunung Tebu anda digalakkan mengambil pemandu arah yang berlesen dan berpengalaman dengan selok belok gungung ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
Aktiviti Yang Dijalankan Di Gunung Tebu

Perkhemahan Aktiviti Lasak Mendaki bukit
