
Lata Belatan
♥♥♥ Hutan dan air terjun merupakan keindahan semulajadi dan memberi kita ketenangan. Terletak di dalam daerah Besut di Hutan Simpan Gunung Tebu yang mana lokasi Lata Belatan ini sendiri menjadi tapak atau ‘base camp’ bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti pendakian. Air Terjun dan sungai yang mengalir di lata ini begitu sejuk dan setiap hujung minggu menjadi daya tarikan penduduk mahupun pelancong luar yang ingin sama-sama menikmati keindahan alam semulajadi di sini.
Lokasi Lata Belatan ini terletak kira-kira 118 kilometer dari Kuala Terengganu dan kira-kira 24 kilometer daripada bandar jertih. Terdapat pelbagai kemudahan awam disediakan di sini seperti tandas awam, tempat letak kenderaan, tempat bbq dan pelbagai lagi. Jika anda terlupa membeli makanan dan minuman untuk dibeli.
Di bahagian bawah air terjun ini terdapat satu sungai yang jernih tanpa batu-batuan dan jika anda membawa anak-anak yang masih kecil adalah selmat untuk mereka bermain-main dan bermandi-manda di kawasan ini berbanding jika anda ke kawasan lebih atas yang dipenuhi oleh batu-batuan dan air yang deras. Keselamatan perlu diambil berat di samping kita bercuti dan berlibur.
Bagi mereka yang ingin berkhemah, pihak jabatan hutan negeri Terengganu mengenakan cas sebanyak RM2.00 setiap orang dan bagi mereka yang mendaki gunung tebu cas sebanyak RM5.00 dikenakan bagi setiap orang. Terdapat juga chalet behampiran air terjun ini disediakan bagi mereka yang ingin bermalam dengan kadar bayaran yang berpatutan ♥♥♥
Aktiviti Yang Dijalankan Di Lata Tembakah
BBQ Perkhemahan Mendaki Bukit
