mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

Lata Tembakah 

♥♥♥ Lata Tembakah sudah tidak asing lagi sebagai tempat berhibur bagi penduduk tempatan malahan daripada kelantan pada hari minggu. Air Terjun yang terletak di Hutan Simpan di Besut ini berada kira-kira 24km daripada bandar jertih dan 130km dari Kuala Terengganu. Lata Tembakah ini mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak kolam-kolam takungan untuk kita bermandi-manda. Terjunan airnya pada tingkat keempat adalah yang paling cantik dan begitu indah untuk diabadikan di dalam kamera anda yang mana ketinggiannya dianggarkan sekitar 50 meter dan berpecah pada tiga formasi terjunan sebelum jatuh ke kolam takungan. Untuk sampai ke tingkat keempat anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit.

Bagi yang membawa keluarga terutamanya anak kecil, kolam-kolam takungan di tingkat satu dan dua selalu menjadi pilihan kerana ianya lebih besar dan tidak perlu berjalan agak jauh yang tentu memenatkan. Saban minggu terutamanya pada musim cuti sekolah Lata Tembakah tidak sunyi dari pelbagai aktiviti terutamanya daripada badan-badan beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan pelbagai lagi untuk tujuan perkhemahan dan juga motivasi ♥♥♥

Aktiviti Yang Dijalankan Di Lata Tembakah

     

         Berkhelah                                      Perkhemahan                                      Mandi Manda