Bukit Keluang
♥♥♥ Pantai Bukit Keluang merupakan satu pantai yang unik kerana terdapat struktur batuan di tepi pantai dan membentuk gua-gua kecil. Pantai ini dahulunya terkenal dengan kisah tempat persembunyian lanun-lanun, namun kini ianya tetap kekal dengan keunikannya tersendiri. Terletak hanya beberapa kilometer dari Kuala besut dan kira-kira 3km daripada PantaI AIr Tawar. Ianya sesuai untuk sebarang aktiviti bersama keluarga dan turut menjadi pilihan badan-badan pertubuhan seprti pengakap, bulan sabit dan sebgainya unutuk menjalankan aktiviti mereka.
Anda boleh menjelajah setiap pantai yang ada di sini melalui pelantar pejalan kaki yang di sediakan, jangan lupa untuk masuk berjalan ke dalam gua-gua yang ada dan menikmati keindahan semulajadinya. Abadikan kedatangan di pantai ini menerusi lensa kamera anda bersama keluarga atau teman-teman. Jika anda berhajat untuk lebih lama menikmati keindahan di pantai ini, terdapat resort-resort yang menarik berhampiran pantai ini yang anda boleh tempah. sila layari www.bkbr.com.my ( Bukit keluang beach resort ) untuk maklumat lanjut. Terdapat juga Resort yang baru hampir setahun beroperasi iaitu Manor Beach Resort, layari FB resort tersebut di sini : www.facebook.com/ManorBeachResortBesut. Selain itu, tidak kurang cantiknya chalet yang sudah lama bertapak di sini iaitu Tanjung Demong Beach Resort : www.facebook.com/TanjungDemongBeachResort ♥♥♥
Aktiviti Yang Dijalankan Di Bukit Keluang
Banana Bot Paragliding
Mendaki Bukit Giant Bubble
