mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

 

Pantai Air Tawar

♥♥♥ Daerah Besut yang menjadi sempadan antara negeri Terengganu dan Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau tetapi juga pantai-pantainya yang menjadi salah satu sumber tarikan pelancongan di daerah ini. Pantai Air Tawar yang terletak kira-kira 4km dari Kuala Besut dan 3km daripada Bukit Keluang merupakan salah satu pantai yang kerap dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun para pelancong. Daripada pantai ini, jelas kelihatan Pulau Perhentian yang merupakan salah satu pulau yang tidak asing lagi dalam peta pelancongan Negeri Terengganu. Di pantai ini kemudahan seperti tandas, kerusi, wakaf, gerai-gerai jualan dan taman permainan kanak-kanak tersedia untuk para pelawat. Setiap hujung minggu aktiviti perkelahan dan mandi-manda kerap diadakan di pantai ini. Pesta Kebudayaan dan Kesenian akan diadakan setiap tahun bagi menadik lebih ramai pelancong. Bagi mereka yang ingin bermalam di sini, terdapat beberapa chalet dan homestay sekitar pantai ini dengan harga yang berpatutan, Antaranya adalah Villa Anggerik Resort, Taman Azimos Chalet dan MNi Homestay yang merupakan rumah banglo tepi pantai peranginan Pantai Air tawar ♥♥♥

Aktiviti Yang Dijalankan Di Pantai Air Tawar

  

      Main Layang-Layang                          Jongging