Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat(PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak dan akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.
Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM).
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 mengikut kriteria kelayakan.
Untuk Keterangan Lanjut ??
Boleh KLIK : Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia