Usahawan – Oktober 2019
|
Nama : Zaharin Bin Idris Umur : 43 Tahun Tahun Ahli : 2017 No Telefon : 01110942696 Alamat : Kg Alor Lintang Perniagaan : Menjual kerepok lekor |
En Zaharin merupakan usahawan kecil yang menjalankan perniagaan menjual kerepok lekor. Beliau memilih pekerjaan ini diatas minat dan melihat permintaan dalam pasaran yang begitu tinggi. Oleh demikian, beliau memberanikan diri bermula dengan bekerja di kedai keropok lekor di Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Terengganu iaitu Kerepok Lekor BTB seberang Takir. Setelah ilmu yang berkaitan dengan perniagaan kerepok lekor dipelajari, beliau memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan secara persendirian bersama isteri beliau. Beliau menjual kerepok lekor di hadapan sekolah rendah di kampung beliau. Seterusnya, beliau banyak mengikuti khursus dan bekerjasama dengan usahawan produk lain bagi meluaskan sayap perniagaan beliau untuk turut bekerjasama di dalam sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, majlis rasmi sekolah dan lain-lain.
Beliau banyak mempromosikan perniagaan beliau menerusi facebook. Seterusnya, beliau banyak mencari idea dan mencipta kreativiti dengan menjadikan youtube dan google sebagai sumber rujukan. Kini, kerepok lekor beliau juga boleh didapati dalam pack kedap udara (vacum), kerepok lekor pelbagai perisa seperti cheese, bbq dan lain-lain. Beliau juga memcuba produk baru hasil daripada sumber internet iaitu satey mini ikan.
Gambar Perniagaan
