mcmc
Laporan Aktiviti

OGOS 2025: E-SUKAN@MLBB PERINGKAT SARINGAN NADI ALOR LINTANG

TARIKH15 & 16 Ogos 2025
MASA9.00 pagi – 5.00 petang
LOKASINADI Kampung Alor Lintang
PESERTA48 Orang
Tujuan :
Program NADI e-Sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai salah satu usaha menarik minat belia dan komuniti setempat dalam bidang e-sukan sambil memupuk penggunaan teknologi secara positif. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti berfaedah, mengasah kemahiran berfikir secara strategik, meningkatkan semangat berpasukan, serta menghubungkan komuniti melalui platform digital yang digemari ramai.
Aktiviti :
Program NADI e-Sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dianjurkan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat yang berumur 21 tahun ke bawah mengasah bakat serta mengembangkan potensi dalam bidang e-sukan melalui platform yang sihat dan terkawal. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta daya fikir strategik dalam kalangan peserta, di samping menggalakkan penggunaan teknologi secara berfaedah.

Seramai 48 orang telah menyertai pertandingan Mobile Legend Bang Bang ini. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan untuk mereka iaitu tekanan darah, tahap gula dalam darah dan BMI. Program ini bukan sahaja menjadi ruang hiburan dan cabaran kompetitif, malah berfungsi sebagai wadah membina jaringan sosial positif serta menjadikan NADI sebagai pusat pembangunan belia berteraskan digital. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Semua hebat belaka.

Gambar disini