mcmc
Laporan Aktiviti

OGOS 2025: E-SUKAN@MLBB (PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL PERINGKAT SARINGAN NADI)

TARIKH16 Ogos 2025
MASA2.00 pagi – 3.00 petang
LOKASINADI Kampung Alor Lintang
PESERTA48 Orang
Tujuan :
Program NADI e-Sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai salah satu usaha menarik minat belia dan komuniti setempat dalam bidang e-sukan sambil memupuk penggunaan teknologi secara positif. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti berfaedah, mengasah kemahiran berfikir secara strategik, meningkatkan semangat berpasukan, serta menghubungkan komuniti melalui platform digital yang digemari ramai.
Aktiviti :
Program NADI e-Sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dianjurkan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat yang berumur 21 tahun ke bawah mengasah bakat serta mengembangkan potensi dalam bidang e-sukan melalui platform yang sihat dan terkawal. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta daya fikir strategik dalam kalangan peserta, di samping menggalakkan penggunaan teknologi secara berfaedah.

Seramai 48 orang telah menyertai pertandingan Mobile Legend Bang Bang ini. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Semua hebat belaka & tahniah diucapkan kepada kumpulan System Gelap kerana telah berjaya menjadi Juara serta bakal bertanding mewakili NADI Kampung Alor Lintang di peringkat NADI Negeri Terengganu. Alhamdulillah jumpa lagi pada siri akan datang.

Gambar disini