mcmc
Laporan Aktiviti

NOVEMBER 2025 : WEBINAR GERAK GEMPUR SPM (SEJARAH)

TARIKH8 November 2025
MASA2.30 petang – 4.30 petang
LOKASINADI Kampung Alor Lintang
PESERTA2 Orang
Tujuan :
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Nurture Dilea yang akan disertai oleh pelajar secara atas talian. Menyediakan bimbingan akademik percuma kepada pelajar sekolah menengah khususnya pelajar SPM Tingkatan 4 dan 5 dalam empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Aktiviti :
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas gerak gempur SPM yang merangkumi penerangan format peperiksaan, analisis topik penting yang berpotensi keluar dalam SPM, pengajaran teknik menjawab soalan KBAT, latihan interaktif melalui kuiz dalam talian, bengkel menulis esei ringkas, serta sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah. Semua aktiviti ini dijalankan secara berfokus bagi meningkatkan pemahaman, kemahiran menjawab, dan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan Sejarah SPM.

Gambar disini