mcmc
Laporan Aktiviti

NOVEMBER 2025 : PERTANDINGAN ESUKAN (MLBB) MUSIM 3 PERINGKAT KUMPULAN NEGERI TERENGGANU

TARIKH1 November 2025
MASA9.00 pagi – 5.00 petang
LOKASINADI Kampung Alor Lintang
PESERTA6 Orang
Tujuan :
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai pertandingan mobile legends dan menjadi ahli NADI. 
Aktiviti :
Program NADI e-Sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dianjurkan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat yang berumur 21 tahun ke bawah mengasah bakat serta mengembangkan potensi dalam bidang e-sukan melalui platform yang sihat dan terkawal. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta daya fikir strategik dalam kalangan peserta, di samping menggalakkan penggunaan teknologi secara berfaedah.

Seramai 6 orang telah menyertai pertandingan Mobile Legend Bang Bang peringkat kumpulan ini. Mereka mewakili NADI Kampung Alor Lintang ke peringkat NADI Negeri Terengganu. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan untuk mereka iaitu tekanan darah, tahap gula dalam darah dan BMI. Program ini bukan sahaja menjadi ruang hiburan dan cabaran kompetitif, malah berfungsi sebagai wadah membina jaringan sosial positif serta menjadikan NADI sebagai pusat pembangunan belia berteraskan digital. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Semua hebat belaka.

Gambar disini