SEJARAH PUSAT EKONOMI DIGITAL KG ALOR LINTANG
Pusat Ekonomi Digital Kg. Alor Lintang mula beroperasi pada 21 Januari 2015 di bawah penyeliaan Telekom Malaysia Berhad (TM). Dimana sebelum ini ianya beroperasi di Kampung Raja. Setelah 5 tahun perkhidmatan di sana, PEDi Kg. Alor Lintang telah berpindah ke lokasi baru di Kampung Alor Lintang iaitu bersebelahan dengan Sekolah Rendah Tengku Mahmud. Perpindahan lokasi berlaku diatas faktor-faktor dimana keadaan lokasi, jumlah pengunjung dan juga perkhidmatan yang ditawarkan. Selepas perpindahan lokasi, servis pengkhidmatan, penyelenggaraan dan juga perkakasan telah dinaik taraf untuk komuniti (pengguna) seiring dengan semasa.
Sempena perpindahan dan pembukaan PEDi di lokasi baru, PEDi telah mengadakan Majlis Hari Terbuka bersama komuniti yang bertujuan untuk mempromosikan PEDi kepada komuniti tempatan. Dengan adanya majlis ini, jumlah keahlian dan kunjungan meningkat dari tahun ke tahun. Kini, jumlah keseluruhan ahli yang dicatatkan telah melebihi 2000 orang. Seramai 2,439 orang ahli telah berdaftar di PEDi Kg. Alor Lintang sehingga Julai 2023. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada kanak-kanak 5 tahun sehingga warga emas yang berumur 90 tahun. Sambutan dari penduduk Kampung Igan dan kampung-kampung sekitarnya sangatlah menggalakkan.
PEDi Kg. Alor Lintang ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer. Selain peranan yang dimainkan oleh PEDi ianya juga bertindak sebagai pusat rujukan komuniti untuk melayari laman-laman web seperti pembayaran secara online, pembaharuan insuran, mendapatkan apa sahaja maklumat aktiviti kegemaran anda samaada resipi makanan, isu-isu semasa pada masa kini, mengiklankan produk, jual beli produk secara online dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan.
GAMBAR PUSAT INTERNET KG ALOR LINTANG YANG LAMA DAN SEKARANG
SEBELUM UBAH SUAI

SELEPAS UBAH SUAI

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
♥♥ Latihan Keusahawanan & ICT
♥♥ E-Tuisyen & E-perkhidmatan
♥♥ Melakukan urusan jual beli secara atas talian
♥♥ Mendapatkan pelbagai maklumat am
♥♥Mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian
♥♥ Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan
♥♥ Pinjaman Netbook secara percuma (Wajib menjadi ahli PPEDi Kg. Alor Lintang terlebih dahulu )
ANTARA LATIHAN YANG DISEDIAKAN
♥♥ Pengenalan Asas Komputer
♥♥ Adobe Photoshop
♥♥ Canva
♥♥ Asas Internet
♥♥ Aplikasi Elektronik (E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
♥♥ Desktop Publishing (Microsoft Office)
♥♥ Melakukan urusan jual beli secara atas talian
♥♥ Mendapatkan pelbagai maklumat am
♥♥ Mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian
♥♥ Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan
