MAKANAN TRADISIONAL BESUT, TERENGGANU
– Keropok Lekor –
|
Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudianya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping. Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek (dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha. Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.
|
– Satar –
![]() |
Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa sertadi letak sedikit cili hiris sebagai perasa. kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar. Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini. |
– Otak – Otak –
![]() |
Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan letakkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar. Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan terus di makan.
|
– Pulut Lepa @ Pulut Bakar –
![]() |
Pulut lepa di buat menggunakan beras pulut yang di rebus dan di masukkan inti ikan ke dala pulut sebelum di balut dengan menggunakan daun pisang dan di selitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar.
|
– Budu –
|
Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu di hasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreatif anda.
|
-Ikan Singgang-
| |
Di sesetengah negeri mungkin lauk ikan singgang lebih dikenali dengan masakan lauk pindang. Namun kalau di Terengganu mahu pun Kelantan, lauk berkuah jernih ini lebih sinonirn dengan nama singgang. Asas protein untuk membuat lauk singgang tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada yang menggunakan sotong dan ada juga menggunakan daging lembu. Kalau setiap hari raya korban, singgang daging menjadi menu wajib nyakan masyarakat orang Terengganu. |
-Laksam –
|
Laksam pula dihidangkan seperti laksa di atas dengan pilihan dua jenis kuah dan potongan ulam-ulaman sebagai sayurnya. Cuma yang membezakan antara laksa dan laksam, mee yang digunakan berbentung gulung dan juga dibuat daripada tepung beras.
|



