mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Quater 4 (2019)

1) USAHAWAN –  JUALAN UBAT TRADISIONAL BUASIR(Buhara)

Latar belakang

Nor Syahirah Binti Rahman berumur 28thn dan menetap di Lot 1524, Kampung Bukit Keluang, 22200 Besut, Terengganu.. Beliau merupakan pemegang ijazah dari   universiti luar negara . Beliau juga mempunyai seorang ayah yang mahir dalam ubatan tradisional. Berbekalkan ijazah yang dimiliki, beliau memanfaatkan kepakaran ayahnya dan menjadikan produk usahawan ayahnya untuk dipasarkan seabgai jualan kepada masyarakat. Selain itu juga, ia merupakan sumber pendapatan untuk keluarga dan diri beliau sendiri. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya mempromosikan produknya melalui mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah beliau menjadi ahli Pusat Internet Kampung Alor Lintang, perniagaan beliau makin berkembang ke serata negeri. Ini kerana, beliau mula menjalankan perniagaan atas talian (online) menerusi facebook, Instagram, myshop, mudah.my, shoppe dan lain-lain. Kini, beliau banyak belajar ilmu perniagaan menerusi internet dengan melayari laman web usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang yang sama bagi memberi idea dan panduan untuk mereka melangkah setanding usahawan lain.

2) USAHAWAN – PERKHIDMATAN PERKAHWINAN( BRIDAL)

Latar belakang

Hazmir Fitri Bin Ismail merupakan pemilik kepada Hazfad Bridal. Dimana beliau menjalankan perkhidmatan untuk sesuatu majlis perkahwinan, akikah, majlis keraian dan sebarang majlis. Beliau mengambil langkah menjadi usahawan kerana minat dan kepakaran dalam bidang hiasan malah mahir dalam menghasilkan produk sendiri untuk perhiasan pelamin beliau. Selain itu juga, ia merupakan sumber pendapatan untuk diri beliau sendiri. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau hanya mempromosikan perrkhidmatannya melalui mulut ke mulut dan pameran. Beliau hanya fokus kepada kehadiran pengunjung ke butik pengantinnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah beliau menjadi ahli Pusat Internet Kampung Alor Lintang, perniagaan beliau makin berkembang ke serata negeri. Ini kerana, beliau mula menjalankan perniagaan atas talian (online) menerusi facebook, Instagram, myshop dan lain-lain. Kini, beliau banyak belajar ilmu perniagaan menerusi internet. Antaranya mencari ideal bagi mempelbagainya rekaan gubahan hiasan beliau. Beliau juga turut belajar cara mencipta logo perniagaan beliau menggunakan aplikasi percuma di internet,cara mengambil dan mengedit gambar, mencari idea dan design-design terkini menerusi internet dan youtube dengan bantuan tenaga pengajar di pusat internet.

3) CELIK IT – Latihan Asas Komputer – Kursus Asas Perisian Komputer ( Adobe Photoshop – Poster Hari Sukan)

Latar belakang

Program pembelajaran bertujuan mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet kepada masyarakat setempat. Ia dimana, Pusat Internet adalah inisiatif kerajaan kepada masyarakat bagi terdedah kepada teknologi dan celik it. Oleh demikian, program pembelajaran bersama pelajar sekolah di wujudkan bagi menarik minat pelajar untuk lebih terdedah dengan aplikasi yang terdapat dalam perisian komputer dan  menggunakan kemudahan infrastruktur yang disediakan bagi kemudahan pelajar dimasa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pelajar dalam ict di Pusat Internet, mereka lebih banyak melayari internet dalam google image untuk mencari contoh-contoh poster dan meniru karya asal kerana mereka tidak mahir menggunakan adobe photoshop.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, selepas penglibatan bersama Pusat Internet, kebanyakkan pelajar dapat menggunakan komputer dengan baik. Mereka mengikuti kelas dan bengkel yang disediakan oleh Pusat Internet secara percuma antaranya kelas perisian adobe photoshop, Microsoft office dan laman web pembelajaran yang lebih mendekatkan mereka untuk lebih berdaya saing dalam dunia digital.