Latar belakang
Mereka merupakan pelajar tahun 6 daripada Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Mereka di ajar cara menggunakan laman sesawang bermula dari asas sehingga mereka boleh mencari maklumat pembelajaran dengan sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan mereka dalam ict di Pusat Ekonomi Digital, mereka kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. Mereka juga sering menghadapi masalah dalam penggunaan komputer untuk mencari maklumat dan sumber untuk pembelajaran yang mereka inginkan. Mereka tidak tahu kata kunci untuk pembelajaran sebagai carian di laman Youtube yang lebih memudahkan untuk mereka.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas mereka mendaftar sebagai ahli pusat internet, mereka banyak meluangkan masa di Pusat Ekonomi Digital. Dan sekarang mereka sudah mahir menggunakan peralatan komputer dan internet. Mereka banyak menggunakan kemudahan internet untuk mencari sumber pembelajaran di Youtube serta laman sesawang yang berkaitan. Mereka mengikuti kelas dan bengkel yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital secara percuma antaranya Microsoft Office dan laman web pembelajaran yang lain bagi mendekatkan mereka untuk lebih berdaya saing dalam dunia digital.

