|
Latar belakang
Noor Ain Binti Ismail berumur 24 tahun menetap di Kg. Gong Medang, Tembila, 22200 Besut, Terengganu.. menjalankan perniagaan dalam bidang fabrik iaitu tudung bawal. Selain itu juga, ia merupakan sumber pendapatan untuk diri beliau sendiri selepas bergelar graduan politeknik. Beliau mengambil langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Alor Lintang dan seterusnya mengikuti kelas dan bengkel secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada awal perniagaan ini, golongan sasaran yang ditetapkan oleh beliau hanyalah penduduk sekitar Besut dan remaja. Buat masa itu pendapatan hanya biasa-biasa sahaja. Kerana hanya orang yang tinggal di kawasan itu sahaja yang tahu tentang jualan tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan kaedah promosi atas talian perniagaan Bawal Scarve dibawah pengurusan Vala Scarve. Kini semakin dikenali dan semakin ramai orang yang datang malah mengenali butik beliau yang menetap di Bandar Jerteh. Seterusnya pendapatan bulanan beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa apabila semakin ramai orang yang datang dan membuat pesanan melalui atas talian dengan pelbagai peringkat umur. Kini, beliau banyak belajar ilmu perniagaan menerusi internet dengan melayari laman web usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang yang sama bagi memberi idea dan panduan untuk mereka melangkah setanding usahawan lain.

Ingin Jamu mata ???
jom jengok Fb Tudung: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001706051665