PUSAT EKONOMI DIGITAL KG. ALOR LINTANG
Pusat Ekonomi Digital Kg. Alor Lintang, Terengganu mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Ekonomi Digital Kg.Alor Lintang mula beroperasi pada 20 Januari 2015. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan menfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
APA ITU PUSAT EKONOMI DIGITAL ?
Pusat Ekonomi Digital atau PEDi adalah di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun. Pusat Ekonomi Digital bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangun Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial,serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.
OBJEKTIF PENUBUHAN
♥♥ Meningkatkan kadar penebusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
♥♥ Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
♥♥ Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempat
♥♥ Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi computer dan internet
♥♥ Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
