mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – QUATER 2 (2019)

1)  USAHAWAN – MENJUAL PRODUK KESIHATAN ROOIBOS

Nama          : KAMARIAH NOR BT MOHAMED

No K/p        :

Pendidikan : SPM

 

Latar belakang

Seorang suri rumah yang memiliki sijil pelajaran Malaysia. Rutin selain menguruskan anak-anak, beliau membantu suaminya menyediakan ais krim untuk dijual menggunakan motosikal. Hanya hasil menjual aiskrim,beliau menggunankan untuk menyara 6 orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau belajar ict, beliau hanya datang menghantar anaknya untuk menggunakan computer. Selepas nasihat dan pandangan daripada kakitangan Pusat Internet, beliau berminat untuk mencari pendapatan sampingan untuk membantu suaminya. Beliau memilih pemakanan dan penjagaan kesihatan jenama Rooibos.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini, pendapatan beliau makin bertambah selain dapat membantu suaminya dalam urusan kewangan rumahtangga. Beliau kini lebih rajin dan berkeyakinan untuk menjual barangan tersebut dengan bantuan media sosial iaitu facebook, whatsup dan juga flyers-flers yang beliau buat sendiri dengan bantuan kakitangan Pusat Internet.

 Gambar Aktiviti

     

 

2)  USAHAWAN – BIDANG KECANTIKAN (JURUMEKAP PENGANTIN)

Nama          : WAN NADIA BT WAN AZMI

No K/p        : –

Pendidikan : SPM

 

Latar belakang

Merupakan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),anak tunggal dan tidak mempunyai apa-apa kelulusan daripada universiti tempatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau yang bekerja menolong bapanya yang menjalankan perniagaan menjual ayam goreng di pasar malam dan juga di pasar tani di sekitar berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau banyak mendapat inspirasi menerusi internet, youtube dan media sosial. Timbul minat untuk belajar serta menjadikan pekerjaan dimana sebagai sumber pendapatan.

Gambar Aktiviti

   

 

3)  CELIK IT – KHURSUS e-SISTEM KRT PERINGKAT DAERAH BESUT

Nama          : JABATAN PERPADUAN NEGARA

                      ( RUKUN TETANGGA)

No K/p        : BELIA

Pendidikan : –

Latar belakang

Khursus ini dianjurkan bagi membantu pihak sukarelawan rukun tetangga untuk mengisi data di dalam sistem yang disediakan. Selain itu, mereka tahu cara untuk membuat sebarang tuntutan claim, aktiviti yang dijalankan, jumlah khursus serta jumlah program yang telah dianjurkan. Dengan sistem ini, ia juga memudahkan pihak pengurusan iaitu jabatan perpaduan negara untuk melihat serta memantau aktiviti, program dan juga perlaksanaan program yang Berjaya dan juga serta pengagihan tuntutan yang disalurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Mereka hanya merekodkan di dalam buku tulis setiap program,aktiviti serta bajet yang digunakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kerja lebih kemas, fleksibel dan effisen menerusi penggunaan sistem yang disediakan. Ia lebih memudahkan urusan pemantauan, melihat kembali rekod dan juga saluran bajet yang digunakan serta masalah yang dihadapi juga boleh di ketengahkan.

Gambar Aktiviti